Sunday, May 15, 2011

RENUNG-RENUNGKAN....KEPADA ANDA YANG BERGELAR MANUSIA..

Aku mendapat artikel ini daripada seorang kawan..lantas merasakan ianya satu bentuk penceritaan yang menarik..mari sama-sama kita renungkan...

Ceritanya berbenmtuk begini......

PISANG DAN HATI

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam.

Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.


“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hi

dup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci…!

Yang baik itu datangnya daripada Allah,

Manakala

yang

buruk itu datangnya daripada kesalahan diri kita sendiri .

Sama-sama kita menginsafinya dan ringankanlah tangan kita untuk menghulurkan kemaafan & murahkanlah lidah kita untuk menuturkan kemaafan ....



POCO-POCO-SENAMAN BERBENTUK TARIAN YANG MENARIK

Poco-Poco-Seni Senaman Tarian yang makin diminati kat negara kita kinek tok...Walaupun ada antara negeri yang dah mengharamkan tarian poco-poco tok...tapi bagi aku, sebagai orang Islam, bergantung dengan niat juak..bukan semestinya sebab bunga tarian nya berbentuk 'cross' menyebabkan senaman tok diharamkan.... Aku pernah madah juak ngan orang lain, camni gaya kita dah nulis urup 't' ( tok jenis berekor...maksudku bentuknya rata ajak kaki nya dengan simbol tambah '+'..sama jak kan..ya la maksudku tek..bergantung ngn niat juak..agik kita molah amal pun..mun dengan niat jaik..berdosa juak....sesuailah dengan tuntutan agama.." Setiap perbuatan itu dimulakan dengan Niat "..agikpun masa tok, tarian poco-poco tok banyak step juak bah...Dah ada juak pun yang memasukkan elemen2 menarik...dipolah sidakorang Ngajat la..tarian india la..orang putih la...zapin la....Dibah tok contoh tarian poco-poco yang amat menarik yang dipersembahkan oleh miak rumah panjang time aku molah program rah sia...Sekadar hiburan bersama..nak niru step pun no hal......layaaannnnn....